suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Desak nak balik tanah air, warga Palestin mengamuk di WTKL… Tiada kecederaan, hanya perabot rosak

Tangkap layar video tular menunjukkan kekecohan di hadapan WTKL.

TULAR di media sosial rakaman memaparkan kekecohan melibatkan sekumpulan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL), hingga menyebabkan beberapa peralatan perabot di lokasi itu mengalami kerosakan.

Dalam satu kenyataan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 5 petang pada Sabtu.

Kekecohan dipercayai tercetus apabila warga Palestin yang terlibat mendesak untuk mempercepatkan proses permohonan mereka kembali ke tanah air.

“Pegawai dan anggota ATM yang bertugas segera bertindak untuk berbincang dengan warga Palestin yang terlibat, dan situasi tersebut berjaya dikawal dengan baik.

“Warga Palestin yang terlibat dalam insiden itu akhirnya bersurai pada sekitar pukul 7.30 malam,” katanya.

ATM menegaskan insiden tersebut tidak melibatkan sebarang pergaduhan mahupun kecederaan.

Bagaimanapun, ATM turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu.

Insiden ini mendapat perhatian ramai selepas beberapa video tular menunjukkan situasi tegang di WTKL apabila sekumpulan warga Palestin merosakkan beberapa peralatan milik WTKL.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain