suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes kucing mati di UM: Polis buka kertas siasatan, rakam keterangan

Antara gambar kucing mati yang tular di media sosial.

POLIS membuka kertas siasatan mengenai kematian kucing di kampus Universiti Malaya (UM), dengan keterangan akan dirakamkan tidak lama lagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis akan memanggil aktivis hak asasi haiwan yang mengadakan sidang media berhubung perkara itu pada Isnin.

"Keterangan mereka akan diambil pada Khamis (26 Disember)," katanya.

Pada sidang media berkenaan, peguam Rajesh Nagarajan dari Lawyers for Animal Rights berkata, beliau sangat percaya terdapat 'psikopat' berada di kampus UM dan bertindak membunuh kucing-kucing itu dengan kejam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing mati di UM dipercayai diserang haiwan liar - Polis

Beliau berkata, seorang doktor haiwan di klinik swasta yang memeriksa salah satu daripada kucing yang mati itu menyatakan dalam laporan perubatan bahawa anggota badan haiwan itu dipotong dengan cara yang menunjukkan ia dilakukan menggunakan senjata tajam.

"Kami mempunyai imej X-ray dan laporan perubatan. Kami menggesa polis untuk menyiasat kes itu sekali lagi dan membuktikan kami salah.

"Jika ini adalah kerja psikopat, kami bimbang tentang keselamatan pelajar dan kakitangan UM selain daripada haiwan terbiar," katanya pada sidang media di firma guamannya di Kuala Lumpur.

Pada Ahad lalu, Rusdi berkata, pasukan siasatan membuat kesimpulan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bahawa anjing liar menjadi punca di sebalik kematian kucing-kucing tersebut. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain