suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes tuduhan rasuah Visa Luar Negara

Ahmad Zahir menzahirkan rasa syukur atas keputusan mahkamah.

MAHKAMAH Rayuan Putrajaya kekal melepas dan membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim menarik balik semua rayuan terhadap kes tersebut.

Pihak pendakwa itu sebelum ini memaklumkan kepada mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak meneruskan rayuan tersebut.

Susulan keputusan itu, Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook turut menzahirkan rasa syukur.

"Alhamdulillah," tulisnya ringkas.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebelum ini dihadapkan ke mahkamah di atas pertuduhan menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung Sistem VLN.

Bagaimanapun pada 23 September 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan beliau selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia