suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Data MyKad 17 juta rakyat Malaysia didakwa bocor, benarkah dijual di laman web gelap?

Data MyKad didakwa bocor dan dijual di laman web gelap.

DATA kad pengenalan atau MyKad milik 17 juta rakyat Malaysia didakwa bocor dan dijual di laman web gelap.

Di media sosial dakwaan itu kecoh sejak Rabu sehingga mencetuskan kebimbangan warga maya.

Isu tersebut timbul melalui satu hantaran di laman X yang mendakwa data 17 juta MyKad sedang dijual di laman web gelap.

"Didakwa bahawa data 17 juta MyKad warga Malaysia telah dibocorkan dan sedang dijual di web gelap.

"Sebagai bukti, mereka telah berkongsi secara terbuka sampel kad pengenalan Malaysia di web gelap," menurut dakwaan tersebut di akaun Fusion Intelligence Center @ StealthMole pada Selasa.

Menerusi hantaran sama, dakwanya, pelanggaran data secara besar-besaran itu menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh membawa kepada jenayah serius seperti kecurian identiti dan penipuan kewangan.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai dakwaan tersebut.

Hantaran yang tular itu turut meraih perhatian warga maya.

"Risau pula sekarang banyak aplikasi yang suruh muat naik IC (kad pengenalan) untuk pengesahan.

"Tak terkejut bila setiap kali scammer telefon saya, mereka tahu nombor IC saya," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain