suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mak ayah sedar anak perempuan hilang awal pagi, cuba telefon tapi tiada jawapan... Rupanya maut jatuh pangsapuri

Polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut. -Gambar hiasan

SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Jalan Batu Kawa, Kuching, Sarawak pada awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihaknya menerima Laporan berhubung kejadian pada pukul 5.30 pagi.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Mohd Irwan Hafiz berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar wanita maut jatuh bangunan dekat pusat beli-belah

Menurutnya, mangsa tinggal bersama keluarganya di tingkat 12 pangsapuri berkenaan.

Difahamkan, ibu bapa mangsa menyedari kehilangannya pada awal pagi dan cuba menghubungi telefonnya, namun tiada jawapan.

Polis kemudian tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak pada pukul 8.27 pagi untuk Tindakan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain