suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kontena jatuh treler, hempap pemandu wanita di simpang lampu isyarat

Kereta mangsa remuk akibat dihempap kontena.

SEORANG wanita terkorban apabila kontena yang dibawa sebuah lori treler tumbang dan menghempap ​​keretanya berhampiran Bukit Tengah, Pulau Pinang.

Mangsa dikenal pasti sebagai Lee Zi Rou, 21, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.15 pagi, Rabu.

Difahamkan, wanita itu sedang menunggu di lampu isyarat Jalan Kebun Sireh-Jalan Bukit Tengah apabila lori yang datang dari arah bertentangan membelok tajam ke kiri.

Wanita itu berada di dalam kereta seorang diri dan dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua lorong jalan terhalang buat sementara waktu.

Beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan, dengan seorang lagi pemandu cedera dan dibawa ke hospital.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Tan Chou Theng, 25, diselamatkan oleh orang yang lalu-lalang sebelum penyelamat tiba di tempat kejadian.

Polis sedang menyiasat kejadian itu. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain