suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar lebih 100 motosikal musnah terbakar di depoh simpanan DBKL

Sebahagian motosikal yang terbakar di depoh penyimpanan milik DBKL. Foto JBPM

SEBANYAK 130 motosikal lama terbakar di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Hisam Mamat berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kebakaran melalui sistem MERS999 pada pukul 12.33 tengah hari Ahad.

Menurut beliau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghantar jentera ke lokasi kejadian.

Pasukan JBPM memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi, mendapati kebakaran melibatkan deretan motosikal lama yang berada di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik pihak DBKL.

"Kebakaran berjaya dipadamkan dengan anggaran kemusnahan 100 peratus dan sebanyak 130 unit motosikal pelbagai model terbakar," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Hisam berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain