suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada keperluan warta kawasan Jalan Masjid India sebagai zon tidak selamat - KPN

Lokasi tanah mendap baharu yang ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi pertama.

BELUM ada keperluan untuk mewartakan kawasan tanah jerlus di Jalan Masjid India sebagai zon tidak selamat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Ujar Razarudin, untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan itu selamat atau tidak, polis perlu mendapatkan kebenaran khas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Tiada keperluan untuk mengazetkan kawasan Masjid India sebagai zon tidak selamat kerana apa yang terjadi di kawasan itu tidak dikategori sebagai bencana.

"Tetapi tindakan polis, jabatan bomba, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan Angkatan Pertahanan Awam melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh seolah-olah seperti bencana kerana adanya pusat kawalan operasi bersepadu di situ," katanya dalam sidang media pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi tanah mendap dekat lokasi lubang benam di Jalan Masjid India

Tambah beliau, polis buat masa ini mengarahkan laluan sepanjang 1.4 meter di Jalan Masjid India ke Jalan Raja Laut yang terlibat dengan tanah jerlus ditutup susulan terdapat mendapan baharu dikesan di kawasan berkenaan.

Pada Jumaat minggu lalu, seorang wanita warga India hilang dipercayai terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, masih belum dijumpai sehingga kini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan sehingga kini yang sudah memasuki hari ketujuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain