SEORANG mangsa culik, yang dibawa lari secara paksa kerana gagal membayar sewa kereta, berjaya diselamatkan polis. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, laporan yang dibuat mengenai penculikan pada 5 Ogos, mendakwa beberapa lelaki tidak dikenali tiba dengan senjata dan menculik dua mangsa. "Seorang daripada mangsa berjaya pulang ke rumah tidak lama kemudian, tetapi percubaan untuk menghubungi seorang lagi tidak berjaya," katanya. Pada 8 Ogos kira-kira pukul 2.30 pagi, polis menahan lima suspek termasuk dua warga asing selepas menyelamatkan mangsa di Bandar Bukit Raja di Klang, Selangor. “Motifnya adalah pertikaian berhubung pampasan yang tidak dibayar bagi kenderaan yang dipinjam milik salah seorang suspek,” katanya. Pemeriksaan polis terhadap suspek berusia antara 21 dan 37 tahun menunjukkan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau. “Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah kenderaan yang dilaporkan dicuri di sekitar kawasan Klang, bersama beberapa alat dipercayai digunakan untuk pecah rumah serta barang disyaki curi,” katanya. Tangkapan itu membawa kepada penyelesaian sekurang-kurangnya lima kes pecah rumah di kawasan Kuala Langat, selain kes culik. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube