suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar! 3 wanita jumpa janin ditanam dekat rumah sewa

Pasukan polis termasuk unit forensik melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

TIGA wanita digemparkan dengan penemuan janin yang ditanam di kawasan tanah lapang di Inanam, di Kota Kinabalu pada Rabu.

Mereka membuat penemuan itu selepas salah seorang daripadanya mengesan kelibat dua individu tidak dikenali iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang berkelakuan mencurigakan di Batu 5½, Jalan Tuaran, pada kira-kira pukul 8 malam.

Difahamkan, salah seorang daripada tiga wanita yang ketika itu berada di bilik sewa di tingkat satu, berdekatan lokasi kejadian, melihat pasangan berkenaan membawa beg dan penyodok tanah pada Selasa malam.

Mereka pada mulanya mahu memeriksa apabila yang ditanam pasangan tersebut, namun ketika itu hujan lebat.

Sebaliknya, mereka ke kawasan tanah lapang itu pada malam hari berikutnya dan melihat terdapat kesan korekan tanah.

Mereka segera menghubungi polis selepas menemukan janin yang ditanam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda ketika dihubungi pada Khamis mengesahkan mengenai penemuan janin terbabit.

Beliau berkata, pasukan polis termasuk Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah digerakkan ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, janin itu kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk siasatan lanjut.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran," katanya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain