suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Operator kilang mengaku tak bersalah pandu ketika mabuk sebabkan kematian remaja

Satish mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan pada Khamis.

SEORANG operator kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki, Ahad lalu.

Tertuduh, L Satish Kumar, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret A Shaarmini pada Khamis.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu sebuah kenderaan iaitu Mitsubishi Xpander dengan kandungan alkohol dalam badan sebanyak 173 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah dan menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal berusia 17 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di KM41 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas di Johor, pada pukul 12.15 tengah malam Ahad.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 44(1)(6) 1987 (pindaan 2020).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di Balai Polis Kangkar Pulai sebulan sekali serta lesen memandunya digantung sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Julai depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain