suria

Kemalangan ngeri pacuan empat roda ragut 3 nyawa

Empat lagi mangsa dilaporkan cedera dalam kemalangan pacuan empat roda.

TIGA maut manakala empat lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki hilang kawalan dan terbabas di Batu 72 Jalan Pan-Borneo Miri-Bintulu, Sarawak pada malam Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata mangsa iaitu Evelyn Shely Manyie berusia 26 tahun, Eddy Indau, 26 dan Jengging Tisok, 39 disahkan maut di lokasi kejadian.

“Empat lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan cedera.

“Kejadian membabitkan 4WD model Isuzu Dmax yang terbabas ke bahu jalan menyebabkan empat mangsa tercampak ke dalam longkang, manakala seorang lagi ke dalam semak berhampiran.

“Tiga disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu punca kemalangan sedang disiasat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain