suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis tunggu Abdul Hadi sihat... Siasatan dakwaan hina Raja Melayu dimulakan

Ketua Polis Negara mengesahkan polis membuka siasatan berhubung kenyataan Abdul Hadi.

BUKIT Aman memulakan siasatan terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya bertajuk 'Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan' pada 20 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis membuka siasatan berhubung perkara tersebut dan akan memanggil Ahli Parlimen Marang itu untuk diambil keterangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Selangor amat dukacita, tegur Abdul Hadi tak beradab

"Polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Setakat ini keterangan Abdul Hadi masih belum diambil memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu baik," katanya pada Jumaat.

Terdahulu, kenyataan Abdul Hadi mengundang rasa dukacita Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan menyifatkan Presiden PAS itu sebagai tidak beradab.

Ia susulan artikel tulisan Abdul Hadi yang mana ia ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu, berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini terhadap beberapa peruntukan dalam Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Kelantan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain