suria

MBPP 'angkut' 25 e-skuter, warga asing buat bisnes sewa secara haram

MBPP berjaya merampas 25 eskuter yang digunakan untuk perniagaan tanpa lesen sah.

MAJLIS Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas 25 buah e-skuter di sebuah premis yang menjalankan perniagaan sewa kenderaan mikromobiliti tanpa lesen itu di kawasan pelancongan di pusat bandar Georgetown pada Jumaat.

MBPP mengesahkan seorang warga Bangladesh didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen itu ketika pemeriksaan dilakukan pukul 11 malam.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu.

“Satu serbuan telah dilakukan oleh Jabatan Pelesenan dan Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP di premis berkenaan menerusi operasi khas e-skuter itu.

“Ketika serbuan, hanya seorang warga Bangladesh menjalankan perniagaan itu. Semakan juga mendapati premis itu beroperasi tanpa lesen yang sah," katanya.yang merampas 25 buah e-skuter.

Dalam kenyataan sama, MBPP menjelaskan pihaknya akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan bagi premis- premis yang menjalankan perniagaan dan trend tanpa lesen terutama kenderaan mikromobiliti bagi menjaga keselamatan orang awam yang menggunakan lalu lintas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain