suria

Pemandu bas selamba hisap rokok sambil isi minyak, netizen risau kena tumbuk kalau tegur

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

TINDAKAN seorang lelaki, dipercayai pemandu bas ekspress yang merokok ketika sedang mengisi minyak mengundang padah apabila dia teruk dikecam netizen.

Menerusi video tular, lelaki itu dilihat selamba menghisap rokok sambil memegang pam diesel di sebuah stesen minyak.

Berdasarkan keterangan pada video, ia dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Muallim, Perak pada tarikh yang tidak dinyatakan.

"Susah nak tegur orang tua macam ni. Kalau tegur, mau bertumbuk ni. Eloknya buka alat pemadam api sembur kat muka dia.

"Boleh terus buang driver macam ni," tulis pemilik akaun X yang berkongsi video itu.

Video itu turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu.

"Tapi diesel tak mudah terbakar macam Petrol. Cuma tu la, masih salah sebab boleh menyebabkan orang lain dalam bahaya.

"Diesel susah terbakar. Dah pernah berdebat dengan pemandu lori sambil rokok di mulut, siap padamkan rokok dengan diesel.

"Selagi tak terbakar, selagi tu boleh," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain