suria

Gambar isteri jadi ‘modal’ onani, Hafiz Mahamad dapat kesan pelaku! Alamat, no MyKad ada dalam tangan

Hafiz dedah isterinya menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki.

USAHAWAN terkenal Hafiz Mahamad mengejutkan netizen apabila dia mendakwa isterinya, Syafiqa Aina menjadi 'bahan' pemuas nafsu seorang lelaki.

Lebih teruk kata Hafiz yang juga seorang pencipta kandungan, dia dimaklumkan tentang perkara itu ketika keadaan kesihatannya merosot, pada tahun lalu.

"Tiga bulan lepas saya ditahan di wad, atas sebab mungkin saya dah penat, tahap tekanan meningkat. Saya hentikan semua perkara, termasuk tak pergi ke pejabat dan tak guna media sosial.

"Tapi dalam masa tiga bulan macam-macam terjadi. Pekerja saya update ada orang buat perkara jijik kepada isteri saya iaitu mengeluarkan air mani, melancap atas gambar isteri saya.

"Hanya saya sahaja tahu betapa marahnya, betapa rasa dayusnya saya pada waktu itu. Dah la dalam fasa kita tidak okey. Saya tanya awak satu perkara. Kalau awak di tempat saya, apa awak akan buat?" ujarnya.

Atas bantuan seorang individu, Hafiz berkata dia berjaya mengumpul maklumat peribadi pelaku termasuklah nama, nombor kad pengenalan serta alamatnya.

hafiz aina

Hafiz menuntut individu itu datang ke pejabatnya untuk membuat permohonan maaf kepada isterinya.

Namun kata Hafiz, dia memilih jalan damai dan enggan meneruskan tindakan undang-undang ke atas individu berkenaan.

"Ada kenalan (bantu) saya dapatkan contact dia, detail saya dapat. Macam-macam dalam kepala sama ada boleh gerak ke alamat tu, buat laporan polis atau saman.

"Tapi apabila lihat kad pengenalan dia, nombor kad pengenalan si pelaku, saya tengok dia masih muda. Kalau saya buat dekat orang umur macam tu, umur masih muda, mungkin hancur masa depan, malu seluruh keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna ‘skil cinta isteri’, Hafiz Mahamad buat kejutan lagi! Bagi bonus, bawa staf shopping raya... pekerja tak dihargai ex-boss dihadiahkan kereta

"Alhamdulillah mungkin Allah tegakkan hati saya waktu tu. Bersabar, cuba beri peluang dan hari ni saya terpaksa cerita sebab kadang-kadang orang perlu tahu situasi kita, baru dia faham semua keadaan," ujarnya.

Hafiz turut menyatakan hasrat untuk menaja individu itu mengerjakan umrah sekiranya dia bersetuju dengan syarat-syarat yang dikemukakannya.

"Saya hanya perlukan tiga perkara sahaja daripada pelaku. Satu, datang ke pejabat saya berjumpa secara terus, minta maaf kepada Aina di depan mata saya. Saya nak tengok permohonan itu, tanpa video atau rakaman dan posting.

"Yang kedua saya nak awak telefon ibu awak depan mata saya dan minta maaf kepadanya. Tak perlu ceritakan apa salah awak kerana saya tahu awak takut untuk cerita perkara sebenar kepada ibu awak. Ibu awak seorang perempuan. Dan itu adalah ibu, mungkin dia boleh ampunkan dosa awak.

"Jika dua perkara ini awak boleh buat, ketiga saya akan bagi tiket umrah untuk awak ke sana. Insya-Allah mungkin masa depan awak akan okey selepas tu. Saya nak bagi peluang kerana saya tahu awak mungkin sakit," ujar Hafiz lagi.

Video pendedahan Hafiz tentang perkara itu hingga kini meraih 1.8 juta tontonan di Instagram dan turut dihujani komen netizen yang memberi kata-kata semangat buat dia dan isteri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain