suria

Bukan kerja PM seorang... Sultan Ibrahim titah semua MP bela rakyat, enggan layan permintaan gugat kestabilan politik

Sultan Ibrahim tidak akan melayan mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan negara. -Gambar Bernama

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah baginda tidak akan melayan permintaan mana-mana pihak yang cuba mengganggu kestabilan politik negara.

Sebaliknya, baginda menitahkan semua Ahli Parlimen agar menumpukan usaha dalam membantu lebih 33 juta rakyat negara ini.

"Di mata saya, kejayaan atau kegagalan negara ini bukan terletak di bahu Perdana Menteri sahaja tetapi semua 222 ahli Dewan Rakyat telah diamanahkan oleh rakyat sebagai wakil mereka dalam kerajaan.

"Semua pihak sedia maklum keutamaan saya adalah keadaan hidup lebih 33 juta rakyat Malaysia di luar sana. Saya berharap semua Ahli Yang Berhormat akan menumpukan usaha untuk membela masih hidup mereka, bukannya untuk kepentingan parti politik atau diri sendiri.

"Ingin saya tegaskan, yang saya tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara. Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati kerajaan perpaduan yang dibentuk.

"Jika ada hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang," titah Sultan Ibrahim ketika menyampaikan titah sulung pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 pada Isnin

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, menteri, Ahli Parlimen serta perwakilan asing.

Berdasarkan takwim di laman web Parlimen Malaysia, Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat bakal diadakan selama 19 hari sehingga 27 Mac.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain