suria

Wanita mati dalam kereta rupanya mahu berehat selepas jaga bapa di hospital... Malangnya lupa buka tingkap

Mangsa menjaga bapanya yang sakit di wad HRPB dan dipercayai masuk ke kereta untuk berehat.

WANITA yang ditemukan maut di dalam sebuah kereta di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak pada Selasa didapati tertidur selepas menjaga bapanya yang sakit.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Hassan menerusi satu kenyataan pada Rabu.

"Siasatan awal mendapati seorang perempuan India ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk bahagian belakang kereta. Pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditemui mati dalam kereta berkunci di parkir hospital

"Dengan bantuan bomba, pintu kereta berjaya dibuka. Hasil siasatan mendapati si mati menjaga bapa yang sakit di wad HRPB dan dipercayai masuk ke kereta untuk berehat tanpa membuka cermin kereta," ujarnya.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terdahulu, mStar melaporkan wanita berusia dalam lingkungan 20-an ditemukan mati di dalam kereta yang diletakkan di kawasan parkir HRPB.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.07 petang, selasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain