suria

Dua masuk ICU terlibat kemalangan berantai 7 kenderaan... Kereta elak motosikal terbabas jadi punca

Kemalangan melibatkan tujuh kenderaan pada Ahad.

DUA individu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di kilometer 5.4 Jalan Ismail Sultan menghala ke Johor Bahru, pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Mazda di lorong kanan mengubah haluan ke kiri kerana mengelak sebuah motosikal yang terbabas dan tidak dialihkan.

"Kemudian sebuah kereta jenis Kia yang berada di belakang kereta jenis Mazda cuba mengelak dengan berhenti secara mengejut di bahu kanan jalan.

"Ia menyebabkan sebuah motosikal yang bergerak lurus tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta jenis Kia tersebut disusuli dengan perlanggaran empat motosikal sesama sendiri yang datang dari arah belakang," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Tambah Rahmat, selain dua mangsa dirawat di ICU, empat penunggang motosikal yang lain mengalami kecederaan ringan dan kedua-dua pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes di siasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain