suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah runtuh Cameron Highlands: Seorang maut, 4 dikhuatiri tertimbus

Operasi mencari dan menyelamat oleh anggota bomba di lokasi tanah runtuh.

DIKEMASKINI

SEORANG lelaki maut manakala empat lagi dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands pada awal pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.51 pagi.

Hingga kini operasi mencari dan menyelamat masih berjalan.

Menurutnya, anggota terlibat berdepan cabaran apabila terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer ke lokasi kejadian dan perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Dalam maklumat terkini, lima mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dikenal pasti sebagai warga Myanmar.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, salah seorang mangsa dikenali sebagai Haphey, 36, ditemui maut tertimbus jam 3 pagi pada Jumaat.

Menurutnya, empat mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus adalah Shing Lan Har, 56, Shing Aung, 39, Om Myue, 38, dan Thang Moung, 25.

"Operasi mencari dan menyelamat empat lagi mangsa sedang giat dijalankan.

"Operasi SAR disertai pasukan penyelamat terdiri daripada polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba dan tentera," katanya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain