suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3 kenderaan disimbah cat merah, polis sahkan kes 'amukan' ah long di Taman Selaseh

Surat amaran yang diberikan ah long berkenaan.

PIHAK polis mengesahkan seorang penduduk di Taman Selaseh, Fasa 2, Batu Caves, Selangor yang menjadi mangsa ‘amukan’ ah long membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 10.56 pagi Khamis.

“Laporan dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang menyatakan kenderaannya iaitu sebuah kereta jenis Proton Iriz telah disimbah cat.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminjam tak bayar hutang, ah long ‘amuk’ simbah cat merah rumah jiran-jiran! Ugut bakar kediaman

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku pada pukul 3.50 pagi. Dua buah pagar rumah dan tiga kenderaan iaitu Proton Iriz, Proton Persona dan Perodua Myvi telah disimbah cat merah.

“Perbuatan ini dipercayai ditujukan kepada salah sebuah rumah di jalan yang sama,” ujarnya dalam kenyataan.

Menurut beliau, kejadian dipercayai dilakukan oleh pemberi pinjam wang tanpa lesen (ah long) berdasarkan penemuan sehelai nota berunsur ugutan jenayah yang ditujukan kepada penghuni rumah tersebut supaya menyelesaikan hutang.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain