suria

Lelaki mengaku koyak, campak helaian al-Quran di kawasan Felda... Siap positif syabu!

Helaian dan cebisan al-Quran di tepi jalan di kawasan Felda Palong.

TINDAKAN seorang lelaki mencampak helaian al-Quran di kawasan Felda Palong, Jempol, Pahang membawa padah apabila dia akhirnya ditahan pihak berkuasa.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook mengesahkan polis menerima tiga laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu.

Dalam salah satu laporan yang dibuat, pengadu berkata dia melihat seorang lelaki menaiki motosikal sambil melempar helaian serta cebisan al-Quran yang dikoyakkan di tepi jalan.

"Bertindak atas maklumat dan laporan dibuat pengadu, pihak polis berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berumur 37 tahun yang terbabit dalam kejadian ini dan merampas senaskah al-Quran,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku melakukan perbuatan itu.

Hasil ujian air kencing pula mendapati pelaku positif dadah jenis Methamphetamine, malah turut mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Polis membuat permohonan reman ke atas suspek pada Ahad mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A/427 Kanun Keseksaan.

Dalam kenyataan sama, polis turut menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan video atau gambar berkaitan kejadian itu di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain