suria

Gara-gara kecewa ditinggalkan teman wanita, lelaki nekad berbogel di tempat awam

Kejadian lelaki berbogel di Permas Jaya, Johor Bahru.

TULAR video di laman Facebook pada Sabtu memaparkan seorang lelaki warga asing bertelanjang di pusat komersial sekitar Permas Jaya, Johor Bahru.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan dilihat cuba melintas jalan dalam keadaan berbogel, namun dihalang oleh dua lelaki sebelum pihak polis tiba dengan sebuah Unit Kereta Peronda (MPV).

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek dipercayai melalukan perbuatan tidak senonoh itu pada awal pagi Jumaat.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Selatan menahan suspek di tempat kejadian.

Tambahnya, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian daripada seorang pekerja hotel berusia 26 tahun yang berada di lokasi kejadian.

“Wanita tempatan itu (pekerja hotel) menyaksikan suspek dalam keadaan berbogel di tempat awam.

“Hasil siasatan mendapati punca suspek bertindak sedemikian kerana tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan oleh teman wanitanya.

"Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai masalah kesihatan berkaitan mental,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan kehormatan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain