suria

Alami 'khayalan cinta' terhadap jurugambar wanita, Mohamad Safiq dibebaskan dan dilepaskan

Mohamad Safiq dibawa keluar selepas perbicaraan pada Rabu. -Gambar The Star

INDIVIDU pertama yang didakwa atas kesalahan menghendap, Mohamad Safiq Rosli telah diarah dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di Perak.

Dia juga dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan tersebut.

Majistret Sasha Diana Sabtu berkata mahkamah mendapati lelaki berusia 38 tahun itu, tidak waras dan tidak menyedari bahawa tindakannya melanggar undang-undang apabila dia melakukan kesalahan seterusnya didakwa mengikut Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurufoto hilang sabar 8 tahun diganggu lelaki gila seks, gigih ikut sampai UK! Fahmi Fadzil janji ambil tindakan - “Dia tak patut wujud dalam masyarakat”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘stalk’ jurufoto wanita diarah ke Hospital Bahagia, tak dibenar ikat jamin

Pihak pembelaan, katanya, telah berjaya mendakwa tertuduh tidak siuman mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan.

"Oleh itu, dia dibebaskan dan dilepaskan. Dia akan ditempatkan di tempat yang selamat dan ditahan atas perkenan Sultan Selangor di bawah Seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah," katanya pada Rabu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraan sehari.

Terdahulu, saksi perunding psikiatri forensik pembelaan Dr Ian Lloyd Anthony berkata Mohamad Safiq telah disahkan menghidap skizofrenia.

"Kecelaruan mentalnya pada masa kesalahan yang didakwa itu kebanyakannya bersifat khayalan.

"Dia mempunyai pelbagai khayalan, khayalan utama ialah khayalan cinta, juga dikenali sebagai erotomania, seseorang yang mengalami khayalan jenis ini percaya bahawa orang lain jatuh cinta dengannya," katanya dari kandang saksi. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain