suria

Agong, Raja Permaisuri perkenan baca berita jadi kenangan sepanjang hayat! Rakyat terharu, terasa dekat di hati

Buletin Diraja yang dilaporkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri.

PENAMPILAN istimewa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai pembaca berita Buletin Utama di saluran TV3, pada Rabu mendapat perhatian rakyat jelata.

Menerusi Buletin Diraja yang bermula pukul 8 malam itu, baginda berdua berkenan menyentuh tiga laporan utama berita termasuk perpaduan masyarakat dan ternakan ikan patin di Pahang.

Penampilan istimewa selama kira-kira 15 minit itu melakar sejarah tersendiri apabila penstriman secara langsung di YouTube rasmi program itu mencatatkan hampir 70,000 penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Agong, Raja Permaisuri dan Putera Mateen berjoget di Majlis Persantapan Diraja... Tiba-tiba ramai semangat nak belajar

Menjengah ke ruangan komen di Facebook, rata-rata warga maya meluahkan rasa teruja dan gembira apabila menyaksikan baginda berdua mencemar duli membaca berita Buletin Diraja.

"Junjung kasih tuanku, terbaik Buletin Diraja Tuanku.

"Menjunjung kasih Tuanku berdua yang dikasihi... so humble dan melakar sejarah dunia. Bangga sangat jadi rakyat Malaysia.

"Sungguh bangga dengan Tuanku Dipertuan Agong dan Raja Pemaisuri Agong! Very proud sebab dekat dengan kami!

Antara reaksi warga maya di ruangan komen

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

"Sungguh terharu mengikuti penyampaian daripada Tuanku Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong malam ini. Walaupun cuma sebentar, jadi kenangan sepanjang hayat. Daulat Tuanku!" ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa tidak puas menonton Buletin Diraja dan berharap Agong dan Permaisuri Agong dapat meluangkan masa sekali lagi.

"Tuanku sangat berbakat dan menyantuni rakyat di Buletin Utama... rakyat sangat tersentuh hati dengan inisiatif tuanku ini. Semestinya kami semua akan merindui Tuanku.

"Best pula dengar suara Tuanku membaca berita, tak puas nak tengok... so cute and sweet. Terasa dekat di hati," tambah segelintir netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain