suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cerita 2 kanak-kanak bantu kes Zayn Rayyan, polis buat lakonan semula ikut keterangan saksi

Siasatan masih dijalankan dari pelbagai sudut bagi mendapatkan fakta dan maklumat berhubung kes bunuh Zayn Rayyan. -Gambar Faihan Ghani/TheStar

POLIS selesai melakukan 'lakonan semula' (reconstruct) di sekitar Apartmen Idaman, Damansara Damai, berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak yang baru dikesan.

Lakonan semula itu dilakukan oleh Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman bermula sejak pagi Khamis dan selesai pada sekitar jam 3.30 petang.

Ia dijalankan bagi membantu kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Difahamkan, dua saksi kanak-kanak berkenaan merupakan rakan mangsa yang masing-masing berusia enam dan sembilan tahun

Kedua-dua saksi kanak-kanak tersebut dikesan menerusi pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara besar-besaran di apartment berkenaan baru-baru ini.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, hasil keterangan saksi-saksi tersebut juga, Allahyarham Zayn dilihat masih hidup selepas lima jam dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu.

"Melalui mass screening (pengambilsan sampel besar-besaran) yang dilaksanakan kita mengenalpasti dua kanak-kanak yang melihat mangsa di tingkat dua dan tingkat tiga Blok R pada petang 5 Disember," katanya.

Waktu tersebut adalah kira-kira lima jam selepas Zayn dilaporkan hilang pada jam 12.30 tengah hari.

Hussein berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil 86 keterangan memperoleh 238 sampel DNA.

Mayat Zayn, 6, ditemukan di sebatang anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari kediamannya, pada malam Rabu minggu lalu, selepas dilaporkan hilang sejak tengah hari Selasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain