suria

Nafsu terbantut, 3 pekerja seks dicekup! Tiga gulung tisu, gel pelincir dan 12 kondom turut dirampas

Aktiviti pelacuran salah di sisi undang-undang. -Gambar hiasan AZMAN GHANI / The Star

SERBUAN polis ke sebuah premis di Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada petang Selasa membawa kepada penahanan tiga wanita warga asing dipercayai pekerja seks.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata polis melakukan serbuan di premis berkenaan selepas menerima maklumat mengenai dakwaan kewujudan perkhidmatan seks di lokasi itu.

“Kami melakukan tinjauan risikan sebelum menyerbu premis itu dan menahan tiga wanita dan tiga lelaki, kesemuanya warga asing berusia antara 27 dan 39 tahun.

“Kami turut merampas tiga gulung tisu, tiga helai tuala, satu tiub gel pelincir, 12 kondom, wang tunai RM820 dan sebuah buku nota,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar bidang perubatan tawar khidmat seks, buat kerja sambilan untuk cari wang tambahan... Pegawai bank, ejen insuran jadi pelanggan

Beliau berkata semakan mendapati dua daripada lelaki yang ditahan adalah bakal pelanggan manakala seorang lagi suspek lelaki dipercayai bapa ayam.

“Tiga wanita yang ditahan kesemuanya dipercayai pekerja seks.

“Siasatan dibuka di bawah Seksyen 373 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana pelacuran dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kami menahan reman enam individu itu bagi membantu siasatan,” katanya. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain