suria

Bunyi seperti letupan di langit, nampak cahaya lain macam... Netizen buat spekulasi tentang ribut solar

Keadaan langit ketika seorang individu merakamkan satu bunyi misteri baru-baru ini.

KEHADIRAN bunyi misteri seolah-olah letupan bom di langit kecoh diperkatakan di laman TikTok.

Menerusi video tular yang dikongsi Hazly Johny, dia menyatakan bunyi itu disedari kira-kira pukul 10.30 malam, pada 31 November lalu.

"10.30 malam langit meletup-letup macam bunyi bom," tulisnya pada video itu yang meraih lebih 2.2 juta tontonan.

Video itu dirakam daripada bahagian tingkap sebuah rumah, memaparkan ruang parkir serta langit malam yang agak cerah.

"Mama, takut," kedengaran suara seorang kanak-kanak perempuan dalam rumah itu.

komen

Antara komen netizen di laman TikTok.

"Kuat ni. Apa yang meletup kuat ni? Takkan mercun? Dekat langit ni. Mesti kecoh ni sekejap lagi," ujar seorang lelaki pula.

Namun individu itu tidak menyatakan lokasi sebenar video itu dirakam.

Menjengah ruangan komen, beberapa individu tampil dengan pelbagai teori termasuklah dakwaan ribut solar yang dijangka berlaku tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar individu pertama di Malaysia miliki Digital ID, dakwaan masuk cip dalam badan tak berasas

Namun, ramai yang turut menyanggah spekulasi itu dan menyatakan bunyi misteri berkenaan berkemungkinan berpunca daripada mercun ataupun guruh.

"Kenapa boleh jadi ribut solar ni, Ya Allah.

"Ingat saya je yang perasan sendiri. Tengok langit macam kilat, tapi cahaya dia lain, macam flash kamera.

"Guruh je ni, kalau ribut solar semua elektrik tak ada dah. Selangor ni petang-petang kalau guruh berdentum dah macam perang bunyinya.

"Abang kawasan mana? Kalau kawasan Setia Alam dekat Nirvana Memorial Park tu ada event. Mereka pasang bunga api," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain