suria

Lagak samseng bawa padah! Dua pelajar tendang rakan sampai tersungkur ditahan

Insiden buli melibatkan pelajar sekolah menengah sambil disaksikan rakan-rakan yang lain.

TULAR di media sosial insiden buli melibatkan pelajar sekolah menengah di Kota Samarahan, Sabah pada Selasa.

Menerusi video berkenaan, mangsa dilihat ditendang oleh pelaku dari belakang sehingga jatuh tersungkur di atas jalan tar.

Susulan kes itu, polis menahan dua pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima kerana disyaki memukul rakan sebaya mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata kedua-dua remaja itu ditangkap selepas menerima laporan daripada mangsa kira-kira pukul 9 pagi Rabu.

“Bertindak atas maklumat, sekitar pukul 10 pagi hari sama, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Samarahan telah membuat tangkapan ke atas dua suspek iaitu remaja berumur 16 dan 17 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya," kata Brodie.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain