suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sikit lagi nak kena gilis... Pemandu lori biadab pecut, langgar lampu isyarat merah depan sekolah

Tangkap layar rakaman dashcam yang tular di media sosial.

MENCEMASKAN! Begitulah yang dialami seorang pelajar perempuan yang nyaris dilanggar sebuah lori ketika melintas jalan di hadapan sekolahnya.

Menerusi video yang tular, detik cemas itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah sekolah menengah di Batu Gajah, Perak.

Video rakaman papan pemuka (dashcam) itu dimuat naik di laman X, nanmanjoi8715 pada Sabtu sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap sikap biadab pemandu lori berkenaan.

Rakaman berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang pelajar perempuan yang berpakaian uniform sekolah dilihat melintas jalan di lintasan pejalan kaki.

Meskipun lampu isyarat bertukar merah, pemandu lori tetap memandu secara melulu, menyebabkan pelajar berkenaan nyaris dilanggar.

Menerusi keterangan video, saksi yang berada di lokasi kejadian untuk tampil bagi mengenal pasti lori tersebut.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis berhubung kejadian tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain