suria

Bonus! Penjawat awam dapat RM2,000, pesara RM1,000

Bonus RM2,000 untuk penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. -Gambar hiasan

BERITA baik, bonus untuk kakitangan awam!

Menerusi Bajet 2024, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, manakala pemberian sebanyak RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

"Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen," katanya ketika membentangkan Bajet 2024, pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran tersebut akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari tahun depan bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, kerajaan menyarankan majikan swasta turut sama mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja, mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

"Saya menyeru pihak swasta untuk memberi ganjaran terutama syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain