suria

Gantung operasi: 125,000 penumpang MYAirline terjejas, nilai tiket RM20 juta

MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa 12 Oktober.

PENGGANTUNGAN operasi MYAirline menjejaskan kira-kira 125,000 penumpang yang membeli tiket penerbangan bernilai RM20 juta secara keseluruhan , kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh MYAirline adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak memaklumkannya kepada Kementerian Pengangkutan mahupun Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Anthony mendakwa sebaik syarikat penerbangan itu yang memutuskan menghentikan operasinya awal pagi Khamis, mereka terus 'menghilangkan' diri.

“Mereka menghentikan beroperasi, tiada penerbangan dan pekerja mereka juga tiada di lapangan terbang, menyebabkan penumpang dibiarkan dalam kekeliruan.

“Ini satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab. Mereka perlu membayar balik kepada semua penumpang yang terjejas,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: MYAirline gantung operasi berkuat kuasa hari ini, tekanan kewangan jadi punca

Kenyataan Anthony itu susulan pengumuman penerbangan tambang murah, MYAirline menggantung operasinya berkuat kuasa pada Khamis (12 Oktober) sehingga diberitahu kelak kerana tekanan kewangan.

Menerusi satu kenyataan, ia menyatakan bahawa tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat, selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain