suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Musa Hassan naik pelamin lagi, kini bergelar suami kepada Qistina Lim

Musa berkahwin dengan seorang wanita dikenali sebagai Qistina Lim.

JODOH tak mengenal usia.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan melangsungkan perkahwinan dengan wanita dikenali sebagai Qistina Lim.

Foto sekitar majlis resepsi pasangan itu dikongsi menerusi Facebook oleh seorang individu dipercayai adiknya iaitu Mohammad Izzat Hassan.

Mohammad Izzat menerusi kapsyen di Facebook turut menzahirkan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

"Syukur Alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim, anda (Musa) sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas IGP kongsi 6 tabiat isteri tak patut buat, minta jangan masuk campur urusan keluarga

"Selamat datang Kak Long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah," tulisnya.

Majlis itu berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor pada Sabtu malam.

Untuk rekod, Musa, 72, berpisah dengan isterinya Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, selepas wanita itu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.

Permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya 10 tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain