suria

Rider mengamuk tendang motor rupanya 3 tahun tak bayar hutang... Buat ‘drama’ sebelum serah kepada ejen tarik

Rider itu dipercayai bertindak agresif kerana tidak berpuas hati motosikalnya ditarik.

SEJAK Sabtu tular satu rakaman memaparkan seorang rider penghantar makanan bertindak agresif merosakkan motosikal di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Puchong, Selangor.

Menerusi video itu, pelaku yang memakai uniform t-shirt sebuah syarikat penghantaran makanan dilihat berulang kali menendang motosikal miliknya yang berada dalam keadaan terbalik di ruang parkir tersebut.

Difahamkan rider tersebut dipercayai bertindak ganas kerana tidak berpuas hati apabila mosotikalnya berdepan tindakan tarik selepas bayaran ansurannya tertunggak hampir tiga tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, kejadian itu dirakam sekitar pukul 3.10 petang pada 11 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider dah tak boleh buat job, pasrah jalan kaki selepas motor disita -“Mesti tengah fikir macam mana nak cari duit”

Tambahnya, lelaki itu berdepan tindakan motosikal ditarik disebabkan dia mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan.

Individu itu bertindak menendang motosikalnya sendiri sebelum ia diserahkan kepada ejen tarik kenderaan.

"Laporan tarik motosikal dibuat oleh ejen tarik kenderaan pada hari sama di Balai Polis Brickfield," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube