suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salah seorang mangsa lemas Teluk Batik meninggal dunia

Nurul Syafiqah meninggal dunia jam 4.58 pagi Selasa.

SALAH seorang mangsa insiden bot terbalik di Pantai Teluk Batik di Perak, Nurul Afiqah Abdullah Sani, 34, meninggal dunia awal pagi Selasa.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamad Nordin Abdullah.

"Selepas berjaya diselamatkan, Nurul Afiqah menerima rawatan awal termasuk bantuan pernafasan (CPR) sebelum dia sedar.

"Dia kemudian dihantar ke bahagian kecemasan Hospital Seri Manjung untuk rawatan susulan," katanya.

Pun begitu, semasa menerima rawatan, dia telah menghembuskan nafas terakhir pada 4.58 pagi.

Tambahnya, jenazah mangsa akan dibawa ke kampungnya di Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan dikebumikan selepas solat Zohor.

Pada Isnin, Nurul Afiqah bersama remaja lelaki berusia 17 tahun diselamatkan selepas bot rekreasi yang dinaiki mereka terbalik.

Difahamkan, kedua-dua mereka tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian berlaku malah pengoperasi bot rekreasi terbabit tidak mempunyai lesen yang sah. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain