suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fasa ketiga STR dibayar sebelum Hari Raya Haji - Anwar

Fasa 3 STR dibayar sebelum Hari Raya Haji.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bayaran ketiga Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40 akan disalurkan sebelum sambutan Hari Raya Haji.

Perdana Menteri berkata, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion yang memanfaatkan lapan juta penerima di seluruh negara.

"Selain itu, (bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM200 kepada belia berusia 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, 13 Jun.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN- Parit Sulong) yang ingin tahu pembaharuan dibuat kerajaan dalam pendekatan dan tatakelola undang-undang atau peraturan untuk mengekang ketirisan serta kebocoran wang awam selain sama ada kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain