suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta terjunam dalam air... 2 dewasa termasuk budak 3 tahun terkapai-kapai cuba selamatkan diri

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

ANGGOTA bomba bergegas menyelamatkan tiga sekeluarga selepas kereta yang mereka naiki terjunam ke dalam takungan.

Kemalangan di Bulatan Mergastua di Taman Pusat Kepong berlaku pada Selasa yang mana Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan bantuan pada 12.40 tengah hari.

Menurut bomba, pemandu kereta hilang kawalan sebelum ia terjunam ke dalam takungan.

Di tempat kejadian, anggota penyelamat menemui sebuah kereta yang hampir tenggelam dan tiga mangsa iaitu warga asing sedang berpaut pada kenderaan itu untuk terus terapung.

“Kedua-dua orang dewasa itu tidak cedera tetapi mangsa ketiga, kanak-kanak berusia tiga tahun, mengalami kecederaan ringan.

“Mereka semua diselamatkan dan kanak-kanak yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan pada Selasa. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain