suria

Masakan terlebih minyak, resipi sambal hijau Khairulaming ditegur Dr Rafidah - “Harap akan datang adalah makanan sihat”

Dr Rafidah menyuarakan kebimbangannya tentang seleksi juadah dikongsikan Khairulaming.

KETIKA jutaan pengikut media sosial Khairulaming ternanti-nanti perkongsian resipi hariannya sepanjang Ramadan, pakar perubatan terkenal Dr Rafidah Abdullah tampil menegur personaliti masakan itu.

Menerusi teguran terbuka di Twitter, Dr Rafidah menyuarakan kebimbangannya tentang seleksi juadah dikongsikan Khairulaming yang disifatkan tidak sihat.

“Salam Khairulaming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat.

“Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairulaming mulakan aksi bulan Ramadan dengan menu sahur, awas resipi simple tapi boleh buat diet hancur!

ARTIKEL BERKAITAN: Wow... kebakaran merata-rata, ikan masak bunga api pula gempak habis! Khairulaming janji ‘belanja’ 30 resipi sepanjang Ramadan

“Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merudum,” katanya menerusi Twitter pada Sabtu malam.

Teguran itu dibuat pada perkongsian menu puasa hari kesembilan Khairulaming atau Khairul Amin Kamarulzaman iaitu sambal hijau bilis dan telur dadar.

Sebagaimana dikongsikan dalam video, semua bahan-bahan seperti ikan bilis, cili hijau besar, cili padi hijau, bawang merah serta tomato hijau digoreng dalam minyak panas dalam kuantiti yang banyak sebanyak dua kali.

Termasuk juga telur dadar, Khairulaming menunjukkan cara ia digoreng dalam minyak panas supaya rangup di luar dan gebu di dalam.

Untuk rekod, 2023 merupakan tahun keenam Khairulaming berkongsi pelbagai juadah makanan dan minuman di media sosial menerusi buah tangan signaturnya, '30 Hari 30 Resipi’.

Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum.

NETIZEN

Sejak enam tahun lalu resipi mudah dan ringkas daripada Khairulaming menjadi fenomena dan ikutan ramai.

Dalam pada itu teguran Dr Rafidah terhadap pempengaruh kesayangan ramai itu menerima pelbagai pandangan reaksi netizen.

“Dia ni doktor. Prihatin dengan kesihatan rakyat Malaysia. Dia mesti tahu statistik penyakit di Malaysia ni apa, tinggi ke rendah ke. Sebab itu dia tegur,” kata netizen.

Namun ramai juga yang tidak bersetuju dengan kebimbangan yang dibangkitkan Dr Rafidah kepada Khairulaming.

“Tak adillah macam ini doktor. Sembang tentang masalah rakyat Malaysia, pernah doktor survey cafeteria hospital kerajaan jual makanan yang bagaimana? Kalah level minyak dan gula dalam makanan KA ini.

Komen netizen di Twitter membalas ciapan Dr Rafidah.

“Pertama sekali, KA bukan content creator untuk makanan sihat. Ada diet coach yang kongsikan healthy meals, boleh tengok resepi mereka. Kuantiti bahan tu rasanya kita boleh adjust sendiri, tak perlu ikut pun.

“Salam Dr Rafidah. Saya berharap anda buat video masakan makanan sihat. Tidak perlu tunggu orang lain memandangkan saudari juga ada followers yang ramai. Harap lebih peka dengan masalah ini. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum,” kata sebahagian netizen lain di Twitter.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain