suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13

Ab Rauf mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada petang Jumaat.

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada Jumaat (31 Mac).

Upacara angkat sumpah itu diadakan di Dewan Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam di Ayer Keroh pada pukul 3.30 petang.

Antara yang hadir pada upacara itu ialah bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Exco Melaka dan pegawai tertinggi kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Ab Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Ab Rauf, 62, juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Pada Khamis, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Ab Rauf sebagai calon Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Ia susulan peletakan jawatan oleh Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 kerana masalah kesihatan. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain