suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis gesa orang awam tidak kongsi maklumat sekatan jalan raya di Waze, jejas operasi penguatkuasaan

Sekatan jalan raya membantu menguatkuasakan undang-undang trafik. Foto: ZHAFARAN NASIB/The Star

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang awam untuk tidak berkongsi maklumat mengenai kehadiran polis atau sekatan jalan raya melalui aplikasi penunjuk arah Waze.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata tindakan berkongsi maklumat itu menyebabkan polis tidak dapat mengambil tindakan ke atas pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas seperti memandu di bawah pengaruh alkohol.

Jika tidak dibendung, kesalahan trafik itu boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain antaranya seperti melanggar lampu merah dan memandu melawan arus.

"Bagi individu yang tidak pernah terkesan dengan musibah diakibatkan oleh kecuaian dan kelalaian pesalah trafik ini, mereka tidak akan dapat merasakan keperitan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh keluarga mangsa.

"Oleh itu, besarlah harapan saya supaya orang ramai terutamanya pengguna jalan raya memberi kerjasama kepada pihak polis daripada cuba membantu mereka yang melakukan kesalahan jalan raya ini," kata Azmi.

Azmi berkata sedemikian ketika berucap pada Program High Profile Policing (HPP) Ketua Polis Kuala Lumpur di Wonderland Park, di sini, semalam. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube