suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan lot kedai makan di Astaka Stadium Bandaraya dijilat api

Astaka Stadium Bandaraya dijilat api dalam kejadian pada pagi Rabu.

KEBAKARAN melibatkan kira-kira lapan lot kedai makan di Astaka Stadium Bandaraya, Georgetown pada pagi Rabu, dilaporkan berpunca daripada litar pintas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A'Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran tersebut pada pukul 7.30 pagi dan kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian mendapati api dalam keadaan marak. Kebakaran hanya melibatkan lapan lot kedai makan dengan peratusan kemusnahan dianggarkan kira-kira 50 peratus.

"Tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan siasatan awal mendapati kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas," katanya dipetik Kosmo!

ARTIKEL BERKAITAN: Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas, Jakel tanggung rugi hampir RM100 juta

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.52 pagi dan operasi tamat 15 minit kemudian.

Menurut A'Azelan, bagaimanapun punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pasukan Forensik Bomba termasuk nilai kerugian yang dialami mangsa.

Astaka Stadium Bandaraya merupakan salah satu lokasi tumpuan pelanggan tempatan dan luar Pulau Pinang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain