suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga RON97 turun 20 sen... RON95, diesel tak berubah

Kementerian Kewangan umum harga minyak untuk tempoh 22 Disember 2022 Hingga 28 Disember 2022.

HARGA runcit petrol RON97 turun 20 sen daripada RM3.55 kepada RM3.35 seliter, manakala harga RON95 dan diesel kekal tidak berubah bermula 22 hingga 28 Disember.

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, harga siling RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter walaupun pasaran sebenar harga kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling semasa.

321246422_860766531791973_6631054273604910478_n

Harga runcit untuk tempoh 22 Disember 2022 Hingga 28 Disember 2022.

Ia menambah bahawa kerajaan akan terus memantau harga minyak mentah global dan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi kebajikan rakyat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain