suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gajah masuk Penjara Kluang, Perhilitan lepas tembakan udara

Gajah tersebut mungkin terpisah daripada kumpulannya dan cuba mencari jalan pulang.

KEMUNCULAN 'tetamu' tak diundang tersesat masuk ke Penjara Kluang, Johor pada Isnin mengejutkan ramai.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Aminuddin Jamin berkata tiga anggotanya dihantar ke lokasi kira-kira pukul 10 malam selepas menerima panggilan daripada pihak penjara.

Beliau berkata, gajah dewasa itu dipercayai terpisah daripada kumpulannya yang dikenali sebagai 'Grup Tenang', yang mengandungi kira-kira 15 ekor.

Tambahnya, anggota Perhilitan melepaskan beberapa das tembakan ke udara untuk menghalau gajah tersebut dengan menggunakan kaedah 'tembak dan halau' serta mengiringinya hingga ke kawasan selamat.

"Kita ambil tindakan dengan menembak ke udara beberapa kali menuju hutan berhampiran iaitu Hutan Gunung Lambak.

"Seterusnya pihak Perhilitan melakukan pemantauan berterusan dan kawalan di lokasi sehingga keadaan benar-benar selamat," katanya pada Rabu.

Beliau menambah Perhilitan akan terus memantau kawasan itu dan memastikan ia selamat untuk orang ramai.

Ini adalah kali pertama seekor gajah sesat masuk ke pekarangan penjara di Johor, tambahnya. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain