suria

Selepas dapat ‘offer’ Anwar, PAS bincang dengan komponen PN sertai Kerajaan Perpaduan

PAS turut mengucapkan tahniah kepada Anwar setelah dilantik sebagai PM10. -NORAFIFI EHSAN / The Star

TAWARAN kepada semua pihak termasuk Perikatan Nasional (PN) untuk mendukung Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mendapat perhatian PAS.

Susulan itu parti itu akan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan komponen dalam PN dalam waktu terdekat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata dalam masa sama PAS juga akan meninjau pandangan dan kesediaan rakyat khususnya pengundi yang memberikan undi memberangsangkan kepada PAS dan PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November lalu.

"PAS mengucapkan terima kasih, seterusnya dalam waktu terdekat akan membincangkan perkara ini dengan rakan-rakan komponen dalam PN," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, menerusi sidang media pertama selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10, Anwar mengalu-alukan penyertaan PN dan parti lain untuk menyertai Kerajaan Perpaduan demi menyatukan negara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain