suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Kesian awak sakit” - Trafik sesak, rupanya ada lelaki bogel jalan kaki di LDP

Lelaki bogel dikesan berjalan kaki di LDP pada Khamis pagi.

ORANG awam yang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pagi Khamis dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang sedang berjalan kaki tanpa seurat benang.

Rakaman video 12 saat memaparkan pejalan kaki bogel itu, dipercayai mengalami masalah mental turut dikongsi di laman Twitter oleh seorang individu.

"Punca jem di LDP today dibawa oleh.. #MentalHealthMatters" tulisnya di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau nak tengok aku bogel ke?” - Wanita rimas bapa mentua gatal, selalu terjah rumah sebab ada kunci pendua... suami suruh sangka baik!

Seorang lagi saksi yang melalui lebuh raya berkenaan untuk ke tempat kerja turut berkongsi kisahnya menerusi Instagram Story.

bogel1

Seorang lagi saksi turut berkongsi mengenai hal itu menerusi Instagram Story.

"MasyaAllah, tadi ternampak seorang lelaki ni berjalan kaki bogel di laluan paling kanan LDP. Kesian awak sakit.

"Apa pun yang berlaku, saya doakan awak dipermudahkan segalanya, diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam perjalanan hidup hingga ke penghujungnya," tulis pemilik Instagram itu.

Mereka yang memerlukan bantuan berkaitan kesihatan mental boleh menghubungi Befrienders di 03-7627 2929 atau layari laman web di www.befrienders.org.my.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain