suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rosakkan kolam Deepavali: Kertas siasatan dirujuk ke Bukit Aman

Tindakan pemuda ini merosakkan kolam Deepavali mengudang kemarahan ramai.

KERTAS siasatan terhadap dua suspek yang merosakkan hiasan tradisional atau kolam Deepavali di sebuah hospital swasta, telah dilengkapkan dan dirujuk ke Bukit Aman.

Polis kini sedang menunggu arahan lanjut sementara menunggu laporan daripada syarikat telekomunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao mengesahkan perkara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda rosakkan kolam Deepavali, perakam direman 3 hari

Terdahulu dalam satu kenyataan pada Ahad (30 Oktober), Hospital Pakar KPJ Klang berkata bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai video tular yang didakwa memaparkan tindakan salah seorang kakitangan mereka.

"KPJ Klang tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan jelik dan tidak profesional daripada mana-mana kakitangan.

"Kami telah melancarkan siasatan dalaman terhadap video itu dan tindakan tegas akan diambil sekiranya kakitangan kami (didapati) terlibat," katanya. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain