suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sampai 24 jam BN umum calon PRU15, Ustaz Kazim tarik diri

Pengumuman Ustaz Kazim sebagai calon BN bagi PRU15 pada Selasa malam.

KURANG 24 jam selepas Barian Nasional (BN) mengumumkan calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Mohammad Kazim Elias menarik diri daripada bertanding kerusi Parlimen Larut.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Kazim di Larut, KJ di Sungai Buloh... ini senarai calon BN tanding PRU15

Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim digantikan dengan Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

"Mohd Shafiq menggantikan Mohd Kazim yang membuat keputusan menarik diri," kata Saarani.

Pada Selasa malam, BN mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada PRU15.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain