suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda rosakkan kolam Deepavali, perakam direman 3 hari

Tindakan pemuda ini merosakkan kolam mengudang kemarahan ramai.

PEMUDA yang merosakkan hiasan tradisional atau kolam sempena Deepavali di pekarangan sebuah hospital swasta, bersama seorang individu yang merakam aksi berkenaan, direman tiga hari.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kedua-dua suspek berusia 20-an dan 30-an itu ditahan pada pukul 11 malam mereka selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

"Mereka direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian.

Dilaporkan, kedua-dua individu terbabit merupakan kakitangan hostal berkenaan.

Terdahulu, tular rakaman memaparkan seorang pemuda merosakkan hiasan Deepavali itu sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun TikTok pemuda rosakkan kolam Deepavali lesap... Tindakan biadab bawa padah, polis panggil bagi keterangan

Menerusi video TikTok berdurasi 39 saat, seorang lelaki memakai baju Melayu biru, lengkap dengan samping dan songkok dilihat berjalan mengelilingi kolam sambil mengusiknya dengan kasut.

Dia turut bertindak biadab apabila dilihat berjalan di atas hiasan berkenaan.

Ketika dia merosakkan hiasan itu, kedengaran suara seorang perempuan, dipercayai perakam video yang menyebut perkataan 'vandalisme' sambil tergelak kecil.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain