suria

Putrajaya jadi tumpuan, PM tiba di Perdana Putra pagi Jumaat

Kenderaan yang membawa menteri dilihat memasuki bangunan Perdana Putra seawal 8.45 pagi.

MENJELANG pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, bangunan Perdana Putra di Putrajaya turut menjadi tumpuan dengan kehadiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Jumaat.

Ketibaan Perdana Menteri pada pagi Jumaat bagi mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Ismail Sabri yang tiba pukul 8.33 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) putih sempat menurunkan tingkap dan melambai tangan kepada petugas media.

ARTIKEL BERKAITAN: PM menghadap Agong di Istana Negara, rutin biasa bincang isu kerajaan

Sebelum itu, kenderaan yang membawa beberapa menteri tiba seawal pukul 8.45 pagi bagi menghadiri mesyuarat tersebut antaranya Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Juga kelihatan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Pada Khamis, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan mesyuarat kabinet berlangsung di Putrajaya.

Kenyataan itu dilihat sedikit meredakan suasana spekulasi berhubung pembubaran Parlimen yang dikatakan berlaku pada Jumaat. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain