suria

Kereta terjunam sungai, mayat pemandu disahkan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Sibu

Pasukan mencari dan menyelamat JBPM menggerakkan misi pencarian mayat mendiang sejak tengah malam tadi.

MAYAT seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas kereta yang dipandunya merempuh pagar besi dan terjunam ke dalam sungai di hadapan sebuah hotel di Sibu, tengah malam Khamis (26 Mei), telah ditemui.

Pasukan mencari dan menyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menemui mayat Andy Ting King Dieng, 43, kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ting ialah seorang ahli majlis di Majlis Perbandaran Sibu. Mendiang meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang masih kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis... pemandu maut tersepit selepas kereta terbabas, badan turut terbakar

Ahli keluarga termasuk ibu bapa, abang dan kakak mendiang telah berada di tempat kejadian sejak tengah malam tadi ketika misi pencarian dilakukan.

Sebuah kereta mewah berwarna putih dinaikkan menggunakan kren hidraulik kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

Terdahulu, JBPM Sarawak berkata seorang tetamu hotel, yang hendak mendaftar masuk, memaklumkan kepada penyambut tetamu bahawa dia melihat kereta itu dipandu laju dan merempuh pagar besi.

Kereta itu kemudiannya terjunam ke dalam sungai.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 12.40 tengah malam daripada pekerja hotel tersebut. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain